Posts

Showing posts from 2019

UNIT 18 : BIODIVERSITI DAN BIOTEKNOLOGI

Image

UNIT 16: KEJAYAAN TANAMAN KITA

Image
MENDENGAR Murid dikehendaki mendengar bacaan guru berdasarkan dialog dibawah        Cikgu: Fauzul, sudahkah anggota kumpulan kamu mendapat maklumat tentang tanaman pokok                       getah?        Fauzul: Sudah, cikgu. berdasarkan maklumat yang diperoleh, pokok getah atau nama                                        saintifiknya  Hevea brasilensis, hidup subur di kawasan khatulistiwa. pokok ini berasal                        dari negara Brazil. Selain itu, tanaman getah merupakan tanaman kedua terbesar yang                          turut menjana ekonomi Malaysia. Yang menariknya, mesin Torehan Getah Automatik                          yang pertama di dunia dicipta di Malaysia. Alat ini memudahkan dan menjimatkan masa                      untuk menoreh getah.        Cikgu:  Baiklah, Fauzul. Selepas ini, beritahu anggota kumpulan kamu untuk membuat buku                            skrap tentang tanaman getah.        Fauzul: Baiklah cikgu. Soalan berdasarkan dialog:

UNIT 17: HASIL TERNAKAN KITA

Image
MENDENGAR DAN BERTUTUR Objektif pembelajaran: v   Murid bertutur menggunakan ayat gramatis dalam situasi formal secara bertatasusila berdasarkan teks dan gambar. v   Murid mendapatkan maklumat daripada teks dan gambar. Kejora dan bapanya, Encik Ali, berkongsi minat yang sama. Mereka suka memancing di masa lapang. Mereka bercadang untuk menternak ikan Tilapia tetapi tidak mengetahui cara-caranya. Oleh itu, Kejora dan ayahnya mencari pengetahuan tentang penternakan ikan tilapia. MARI UJI MINDA! Berdasarkan gambar di bawah, pilih jawapan yang tepat bagi dialog yang sepatutnya dijawab oleh Encik Amirul. Perbualan antara Kejora dan Encik Amirul. A. Hai Kejora, maaf saya tidak tahu apa apa berkaitannya. Awak boleh bertanya kepada orang lain. B. Selamat pagi Kejora. Ya, tiada masalah! Sudah tentu boleh. Baiklah, pertama sekali saya akan menerangkan kepada kamu berkaitan ikan Tilapia dahulu. Mari, saya tunjukkan kepada