UNIT 16: KEJAYAAN TANAMAN KITA
MENDENGAR
- Murid dikehendaki mendengar bacaan guru berdasarkan dialog dibawah
Cikgu: Fauzul, sudahkah anggota kumpulan kamu mendapat maklumat tentang tanaman pokok getah?
Fauzul: Sudah, cikgu. berdasarkan maklumat yang diperoleh, pokok getah atau nama saintifiknya Hevea brasilensis, hidup subur di kawasan khatulistiwa. pokok ini berasal dari negara Brazil. Selain itu, tanaman getah merupakan tanaman kedua terbesar yang turut menjana ekonomi Malaysia. Yang menariknya, mesin Torehan Getah Automatik yang pertama di dunia dicipta di Malaysia. Alat ini memudahkan dan menjimatkan masa untuk menoreh getah.
Cikgu: Baiklah, Fauzul. Selepas ini, beritahu anggota kumpulan kamu untuk membuat buku skrap tentang tanaman getah.
Fauzul: Baiklah cikgu.
Soalan berdasarkan dialog:
- berdasarkan dialog yang telah dibaca oleh guru, nyatakan nama saintifik pokok getah?
MEMBACA
2. Murid dikehendaki membaca teks dibawah
TANAMAN KOKO
Koko atau nama saintifiknya Theobroma cacao dari keluarga Sterculiaceae adalah sejenis tumbuhan yang boleh ditanam di Malaysia. Pokok koko menghasilkan buah yang bijinya diambil untuk dibuat coklat dan minuman koko. Di Malaysia penanaman secara komersil bermula apabila kultivar Upper Amazon didapati sesuai ditanam di negara ini.
Pokok koko adalah kecil dengan ketinggian antara (4.5-7.5 m), merupakan pokok malar hijau. Ia tumbuh secara semulajadi pada tahap ketinggian 1,000 kaki dari aras laut (m), dan memerlukan cuaca lembab dengan hujan berkala dan tanah yang subur.
Biji koko biasanya dipanggil “beans”, terkandung di dalam buah yang dikenali sebagai pod koko yang berbentuk bujur sepanjang 15-30 cm dan 8-10 cm lebar. Setiap pod mengandungi 20 hingga 60 biji benih dalam isi putih. Hampir 300 biji diperlukan untuk menghasilkan 1 kilogram pasta koko. Setiap biji mengandungi 40-50% lemak dalam bentuk mentega koko.
Setelah mencapai ketinggian tertentu, batang vegetatif menghentikan pemanjangan dan kelompok tunas sekunder berkembang membentuk tiga hingga lima cabang yang tersusun secara terminal. Terbahagi kepada dua cabang:
1. Cabang Ortotrop – menegak dan cantasan perlu dilakukan.
2. Cabang Plagiotrop – mendatar dan dipelihara.
1. Cabang Ortotrop – menegak dan cantasan perlu dilakukan.
2. Cabang Plagiotrop – mendatar dan dipelihara.
Pokok koko mula berbunga pada umur 18 bulan hingga 3 tahun. Bunga yang dihasilkan adalah hermafrodit yang terbit dari cabang yang matang. Kebiasaanya hanya 1-2% bunga membentuk buah. Pendebungaan koko boleh berlaku dengan cara kacukan sendiri atau dengan debunga dari pokok lain.
Buah koko akan matang antara 5-6 bulan selepas pendebungaan. Saiz buah dan bentuk buah banyak bergantung kepada klon. Setiap buah koko mengandungi antara 30-50 biji koko yang dikelilingi oleh lendir manis. Buah kebiasaannya berwarna hijau atau merah sebelum matang dan bertukar kuning sewaktu matang atau masak. Suhu maksimum yang sesuai adalah antara 30-320C dan suhu minimum antara 18-210C. Manakala tanah yang paling sesuai untuk tanaman koko ialah tanah yang mempunyai struktur tanah liat.
Bahan tanaman dipilih dari pokok yang mempunyai ciri-ciri hasil yang tinggi, biji yang bermutu, kandungan lemak yang tinggi dalam biji dan daya tahan terhadap serangan penyakit dan perosak utama. Jenis bahan tanaman adalah dari jenis hibrid dan klon. Jarak tanaman paling sesuai bagi tanaman pokok koko ialah 3m x 3m.
Pemangkasan yang betul sangat penting untuk mendapatkan hasil yang tinggi. Jika pemangkasan tidak dilakukan dengan betul maka baja yang diberikan tidak akan memberikan kesan pada pokok. Pemangkasan juga boleh mengurangkan penyakit kulat dan serangan makhluk perosak serta meningkatkan hasil.
Koko mula berbunga pada umur 18-30 bulan selepas ditanam. Buah koko samada warna hijau atau merah semasa muda akan bertukar warna kuning apabila matang. Pada peringkat ini buah sedia untuk dipetik atau dipungut. Hasil koko adalah antara 1 hingga 5 tan metrik/ha setahun bergantung kepada amalan pengurusan ladang.
Soalan berdasarkan teks:
- Nyatakan ciri-ciri bahan tanaman yang dipilih dari pokok.
MENULIS
Soalan berkaitan pantun:
- Murid dikehendaki menulis serangkap pantun yang bertemakan tanam-tanaman.
DIDIK HIBUR
Murid dikehendaki menyanyikan lagu dibawah bersama-sama
Tanya pada pokok apa sebab goyang,
Nanti jawab pokok angin yang goncang,
Tanya sama angin apa sebab hujan,
Nanti jawab angin tanyalah awan.
Awan nanti kata aku kandung air,
Sampai tempat sejuk aku pun cair,
Lihat dalam air nampak bayang-bayang,
Campak satu batu bayang pun hilang.
-https://youtu.be/esx-3DTAU-Q
TATABAHASA
Murid dikehendaki meneliti peta minda di bawah
Soalan berdasarkan kata hubung pancangan:
- Bina ayat berdasarkan kata hubung pancangan.
RUJUKAN
1) Siti Sarah Binti Abdul Malek, Sarawati Binti Jumipan, Nur Farah Lo Binti Abdullah (2014). Bahasa Malaysia KSSR : Tahun 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
2) Suhaimi (2017). Tanaman Koko. Retrieved Ogos, 28, 2019, from
3) http://melirik123.blogspot.com/2017/04/lirik-lagu-tanya-sama-pokok-lagu-kanak.html
4) Md. Fadil Othman (2012). Kata Hubung Gabungan. Retrieved Ogos, 28, 2019, from http://mdfadilmin.blogspot.com/2012/09/kata-hubung.html
5) Adi Putri (2017). Pantun merendah diri. Retrieved Ogos, 28, 2019, from https://soscili.my/pantun-melayu-lama-nasihat-4-kerat/
5) Adi Putri (2017). Pantun merendah diri. Retrieved Ogos, 28, 2019, from https://soscili.my/pantun-melayu-lama-nasihat-4-kerat/
6. https://www.youtube.com/watch?v=esx-3DTAU-Q
Ok la saya suka senang nk cari cikgu suruh cari saya buka la saya nk buat buku skrap
ReplyDeleteBetul 3
Delete