MENDENGAR DAN BERTUTUR
Objektif pembelajaran:
v
Murid
bertutur menggunakan ayat gramatis dalam situasi formal secara bertatasusila
berdasarkan teks dan gambar.
v
Murid
mendapatkan maklumat daripada teks dan gambar.
Kejora dan bapanya, Encik Ali, berkongsi minat yang sama. Mereka suka memancing di masa
lapang. Mereka bercadang untuk menternak ikan Tilapia tetapi tidak mengetahui
cara-caranya. Oleh itu, Kejora dan ayahnya mencari pengetahuan tentang penternakan
ikan tilapia.
MARI UJI
MINDA!
Berdasarkan gambar di bawah, pilih jawapan yang tepat bagi dialog yang sepatutnya dijawab oleh Encik Amirul.
|
Perbualan antara Kejora dan Encik Amirul.
A. Hai Kejora, maaf saya tidak tahu apa apa berkaitannya. Awak boleh bertanya kepada orang lain.
B. Selamat pagi Kejora. Ya, tiada masalah! Sudah tentu boleh. Baiklah, pertama sekali saya akan menerangkan kepada kamu berkaitan ikan Tilapia dahulu. Mari, saya tunjukkan kepada kamu kolam ikan tersebut.
C. Saya sibuk. Lain kali sahaja.
D. Baiklah, tetapi menternak ikan Tilapia amat sukar dan akan memenatkan kamu. Lebih baik kamu ubah fikiran.
|
MEMBACA
Objektif pembelajaran:
v
Murid
dapat mendeklamasikan sajak dengan baik.
v
Murid
dapat menyatakan maksud setiap rangkap sajak.
|
Sajak ' Aku Pengusaha Puyuh'.
Maksud
setiap rangkap dalam sajak.
Rangkap 1
Dalam rangkap yang pertama,
penyajak menyatakan bahawa beliau akan berusaha keras demi mengusahakan
perniagaan puyuhnya kerana beliau percaya bahawa rezeki itu ada di mana-mana.
Rangkap 2
Penyajak menyediakan habitat
yang cukup sempurna untuk puyuh-puyuhnya kerana beliau inginkan hasil yang
terbaik dalam perniagaannya.
Rangkap 3
Selain menyediakan habitat
yang sempurna, penyajak juga memberikan makanan yang terbaik kepada
puyuh-puyuhnya dengan harapan puyuh-puyuhnya semakin sihat. Hal ini dapat
menjadikan penyajak seorang pembekal daging dan telur puyuh yang berkhasiat dan
segar.
Rangkap 4
Penyajak mendedahkan beberapa
kebaikan puyuh terhadap diri kita seperti melancarkan perjalanan darah dalam
badan serta menguatkan tulang. Oleh itu, diri akan menjadi lebih sihat dan
dapat hidup bahagia di sisi keluarga.
Rangkap 5
Perniagaan puyuh ini menjadi
punca sara hidup kepada penyajak dan beliau akan terus berusaha demi memajukan lagi perniagaanya. Beliau
gembira kerana titik peluhnya selama ini membuahkan hasil.
MARI UJI MINDA!
a) Pada pendapat anda, haiwan apakah yang dapat diternak oleh
penyajak selain puyuh? Terangkan jawapan anda.
b) Nyatakan maksud 'nun jauh dari hiruk-piruk' di baris keempat dalam rangkap kedua.
Bibliografi
Muhammad Zhafran.
(2009). Panduan Asas Penternakan Ikan Tilapia. Negeri Sembilan: Ebook.
Nik Safiah Karim et al.(1986). Tatabahasa Dewan Jilid 1: Ayat. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Siti Sarah Binti
Abdul Malek, Nurfarah Lo Binti Abdullah, Sarawati Binti Tumiran. (2014). Bahasa
Malaysia Tahun Lima. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
|